Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak gentar dengan kehadiran Parti Bangsa Malaysia (PBM) sekiranya parti itu bertanding menggunakan logo Barisan Nasional (BN) di Sarawak pada Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).<br /><br />Tegas Naib Presiden Kanan parti PBB, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, ini kerana rakyat termasuk di pedalaman Sarawak lebih mengenali logo GPS yang mengutamakan pembangunan negeri itu.<br /><br />Ujarnya, komponen GPS tidak lagi dalam BN dan ia adalah perkara lalu.